Saturday 7 March 2015

RESIPI : HOMEMADE PIZZA (senang dan sedapppp)

Assalamualaikum


aku kalau cuti balik rumah mesti nak kena buat gak pizza ni. Maklumla kat umah sewa tak dapat buat sebab tak ade oven. Bab2 makanan western aku memang number satu. Bukan nak eksyen tapi aku memang sukee western food kecuali spaghetti which is aku kureng sikit sebab muak. So back to the topic, resipi ni i tell u memang sedappp gilaa caya cakap aku. Yang menjadikan sesuatu pizza itu sedap adalah sos yang nak sapu kat atas roti tu. Bagi aku la. Sebab pernah beli pizza yang roti dia sangat lembut tapi sos dia manis sangat and tak rasa macam sos pizza pun. As for the topping, tu suka hati,limpa,usus dan paru2 anda semua lah nak letak apa (hehe). Roti pulak, aku sukkaaa guna roti sandwich putih tu. Jenama apa pun tak apa Gardenia ke High5 ke yang penting halalan toyyiban. Aku tak gemar sangat roti pizza. Pernah buat sendiri and beli yang dah siap. Hasil eksperimen yang dijalankan mendapati aku, family dan sedara mara aku lebih suka yang letak atas roti sandwich ni. Sebab tak muak and a lil bit crispy kat tepi dan lembut di tengah. and one more thing is senang sangat2. Tak perlu susahkan diri nak uli sampai lenguh2 tangan, then bila bakar lama lak tu kena tunggu masak kan. Yang selalu busy (dan kurang rajin cam aku) leh cuba. ^^ .Cuma sos aku tak suka guna straight dari dalam botol prego tu. Rasanya sangat tak menepati selera tekak aku yang boleh tahan cerewet ni. Aku sangat cerewet dengan masakan sendiri. Kalau orang lain yang buat aku bedal je.

Antara bahan2 dia


*sorry gambar buruk



So resipi untuk sos pizza

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar holland
cili api (suka hati nak pedas boleh letak banyak)
1 paket ayam/daging kisar (aku biasa beli ramli)
prego tradisional
sos tomato dan cili
setengah tin air(guna tin prego)
black pepper
oregano/italian herbs
5 biji tomato (potong dadu)
garam dan gula



fresh tomatoes

*tomato tu nak sedap buat mcm ni. after dah dadu kan, letak atas loyang, letak minyak sikit, then tabur oregano/italian herbs dan garam atas tomato tu. then bakar sekejap sampai jd mcm gmbr satu lg tu. jangan sampai kering sangat  pulak.















 cara-cara (sos):

tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga layu.

masukkan ayam/daging. masak sampai kaler dia tukar putih

Tabur garam sikit. Dah masak masukkan prego. Masukkan sos tomato dan sos cili. Then masukkan Setengah tin air. Masukkan tomato dadu yang dibakar tadi. Kacau biar pekat sikit bagi sesuai untuk di jadikan sos pizza. Cair sangat kan meleleh2 pulak. 

Tambah black pepper, oregano dan italian herbs. Tambah garam dan gula. Perasakan secukupnya. Tutup api dan sejukkan sekejap.

Sos yang dah siap. Nampak ketul ketul tomato yang x berapa nak hancur.


Sediakan roti sandwich secukupnya. Kalau ikut resipi sos ni, boleh buat satu bungkus roti sandwich besar dan sebungkus yang kecik. Tiap kali buat ni memang jiran2 sekeliling dapat merasa lah sebab banyak. Tak abih makan kalau family aku je,

Sediakan topping.

mozarella cheese
cheddar cheese(optional)
capsicum
nenas
Button Mushroom 
Sosej( aku x letak sebab x suka)

button mushroom,capsicum and fresh pineapple


Sapukan sos --> nenas/capsicum/mushroom/ --> cheddar/mozarella --> Bakar 5-7 minit. Temprature korang letak je lah 160 ke sebab dia punya tulisan kat oven tu tanggal so aku main pusing je hehe

Hasilnyaaaa


Tadaaaaa





ok mungkin nampak tak menyelerakan sangat tapi bak kata pepatah dont judge a pizza by its look. rasa dia sedap wooo. x caya try duluu..

okayyy so tu je lah nak share. selamat mencubaa babai and assalamualaikum ^^


Monday 3 November 2014

REVIEW RADIANCE SIGNATURE, SECRET SKIN KAWAI, BELLEZA, FJ GLOW SKINCARE

Assalamualaikum


Perghh tajuk xleh blah! hihihi pemalas punya orang. Bukannya nak buat satu2 habes semua tu diletakkan dalam satu entri. Aku bukan malas cuma kurang rajin(hehe) maklumlah busy gila sekarang ni seriously busy. So mana mana yang watsep, mesej fb or kat fon mintak maaf banyak banyak aku bukan sengaja nak reply lambat. Tapi lambat pun yang mana buat payment before 1 pm (isnin -jumaat) insyaAllah aku akan usahakan supaya parcel korang dipos hari tu jugak. Melainkan ada masalah yang betul2 tak dapat dielakkan. Pastu line internet pun satu hal dah tahap lagi lambat dari siput khinzir urgh sakit hati titew. Watsep tak masuk messenger pun sama. So kalau nak cepat korang rajin-rajinkan diri mesej kat fon aje eh insyaAllah cepat la sikit reply nya.


Radiance Signature





Now kita masuk pada first review aku which is on Radiance Signature. Okay sebenarnya aku kongsi dengan mak aku. Tapi mak aku makan 2,3 sachet aje sebab dia bagitahu tumbuh jerawat sebijik dalam hidung. Haha. Tapi aku makan okay aje tak ada masalah keluar jerawat walau sebijik pun. Tang perubahan pada kulit , aku tak ada lah rasa sangat sebab makan pun 17 sachet aje. Cuma kulit rasa glowing tapi putih tu tidak. Apa apa pun kalau aku ni jenis yang berduit memang aku akan consume Radiance ni sebab senang tak leceh nak kena bancuh air ke apa. Rasa pun boleh tahan sedap. Customer aku pun ramai cakap rasa dia sedap gila. Kesan ke atas diorang pun best contohnya jerawat dan parut jerawat makin hilang (cek my ig ariana_nur untuk tengok testimoni) and macam2 lagi. Best betul.Aku sebab tak ada jerawat so x ada lah nak alami perubahan tu cuma itu ajelah yang boleh bagitahu. Kulit rasa sihat and glowing sikit. Tapi tu la nak wat cam mana harga dia mahal bagi aku. Sekotak 20 sachet aje youu..Walaupun aku berniaga benda ni tapi aku dapat harga mahal jugak untuk Radiance ni so kena sedar diri aku banyak lagi keperluan lain. Nak dapatkan dari aku pun boleh ea korang rm 150 inc pos smnnjung korang boleh visit ig ariana_nur atau fb ni


*ihsan google


Secret Skin White Kawai Collagen

Haaa yang ni best aku sukkkaa sangatt. Bukan aje rasa dia best kesan pun best dekat aku. Kesan putih melepak ke?? Aaa nonono tak adalah sampai macam tuu. Jujur aku cakap masa amek kawai ni kulit aku tak adalah makin putih ke apa. Tapi yang aku perasan(masa ni dah 40 sachet kot- x sempat abeskan 60 sachet adik aku menyemak makan sekali), kulit rasa saaaangat moist. Rasa sihat sangat kulit time tu. Berseri pun ya. Cerah tu ada lah tapi sikittt jee. Mak sedara aku memang asyik tanya ajelah aku pakai krim apa tiap kali pegi umah dia sebab dia nak beli jugak. Tapi aku memang tak ada pakai apa-apa krim(masa ni tak kenal fj glow lagi). Aku tak cakap pun aku consume kawai ni maklumlaa dia bukan orang senang sangat nak beli benda harga beratus ni. Haa lagi satu kalau korang ada baca dalam previous entry pasal cousin aku dok tanya aku pakai apa makin cantik (malu :P) haa aku masa tu amik kawai la. Kulit tak putih pun tapi lembap dan sihat. Kulit putih pun kalau kering aje nanti nampak tak sihat. Cuma satu aje aku tak suka pasal kawai ni sebab dia serbuk. Aku dah boring sebenarnya serbuk2 ni. Kan best kalau dia buat dalam bentuk cecair macam Radiance Signature tu. Koyak aje pastu tuang dalam mulut. Tak leceh nak kena bancuh air ke apa. Kawai ni aku selalu bancuh air sebab rasa dia sedap sangat. Pastu apa lagi ek nak citer.. haa kawai ni jimat okay. Aku dulu makan dua sachet sehari. Korang nak makan sehari satu sachet pun boleh. Tahan dua bulan hokay. Harga tu kira murah la kan rm 135 yang aku jual tu ^_^ . Lagi satu yang best Dr Halina isteri Dr. Syeikh Muzaffar yang hensem tu pun consume kawai ni tauu tauu.. XD




*ihsan google


Belleza

Yang ni pun best! haa kalau korang memang aim nak putihkan kulit ke apa this one memang jadik insyaAllah. Kulit aku memang rasa cerah ambik Belleza ni. Aku amik dua kotak. Rasa dia sedappp. Lain dari yang lain rsa mango gituu. RM110 untuk sekotak ada 20 sachet okay la kan. Kesan dia cepat. Customer aku pun cakap macam tu. Parut cepat pudar, muka makin cerah dan lembap, pendek kata segalanya ada dalam ni lah. Suka untuk aku promote Belleza kat mana-mana yang pm aku tanya mana yang paling best. Aku akan cakap Belleza dan Kawai so pilihla nak mana satu hihi. Tapi ingat apa yang aku rasa tak semestinya jadi kat semua orang. Mungkin ada yang tak serasi. Kalau kata kat aku semua pun berkesan, mungkin sebab aku dah ambik macam2 produk yang mana dah mengurangkan toksin dalam badan aku. So kesan insyaAllah cepat la sikit kan. Kalau ada yang tanya perbezaan semua ni, kandungan dia mungkin berbeza la kan sikit2 tapi fungsi sama ajee untuk baiki dan cantikkan kulit serta sihatkan tubuh badan. Cuma tu lahh Belleza ni serbuk! Haha nampak tak tahap malas-nak-bancuh aku tu dah tahap berapa. Seriously time kita busy baru kita nampak itu ini leceh nak kena buat.Kadang kadang sampai lupa nak makan. Kenapa tak makan macam tu je? haa sebab aku tak suka. Aku suka bancuh. Selalu pun macam tu apa2 supplemen berbentuk serbuk aku akan bancuh(biarpun dia cakap lagi berkesan makan macam tu) kecuali k colly tu la.


*ihsan google


Fj Glow

Skincare terbaik ! hihi well aku kan tak suka pakai skincare tapi yang ni aku suka laa. Ini pun sebab ada customer aku yang dah terlebih dulu guna daripada aku suruh aku try sebab dia cakap best. Memang best pun! Nak nak serum dia yang sumpah best sesangat. Pakai je serum tu, kulit muka onthespot berseri and glowing2 biarpun waktu tu dah nak tido (ye lah serum kan pakai malam) tapi memang muka rasa lembut gebu glowing sangat sangat.Tak tipu ! Sikit pun tak rasa macam ada something kat muka. Aku kan tak boleh apa2 yang rasa bertempek kat muka. Rimas. Tapi yang ni sangat okay. Magic cream pulak. Okay texture dia lain sikit ada biji2 dalam krim tu. Rasa jugak ade krim kat muka tapi aku letak ciput aje so x rasa sangat. Aku jarang pakai la krim ni macam selang sehari ke or selang 2,3 hari sebab aku x suka kuar umah pakai krim. Kalau aku dok rumah je baru aku pakai hihi. Kesan dia boleh tahan best kulit jadi lembut sangat after cuci muka ngan cleanser dia. Makser aku x ada sebab aku tak amek. Nanti ingat nak cuba jugak. Satu aku perasan after guna fj glow skincare ni, nak apply foundation mak aihh sangatlahh senang. Kulit licin gilaa.Floless i tell u. Tak caya cuba. Beberapa hari aje dah rasa kesan. Aku dua hari je. Bukan jadik putih melepak tau tapi sentuh kulit tu rasa lain. Super glowing serum dia masa first time pakai malam tu keesokkan dah rasa kulit lembut gilaa. Paling best mak aku ar. Aku saja je paksa  dia cuba magic cream tu sebab muka mak aku ada jeragat dan kulit muka banyak parut dan gatal2 sebab allergic. Sekali dia try keesokkannya dia try lagi aku ingat dah taknak sebab mak aku pun tak suka benda krim2 ni. Rupa2nya dia bagitahu kulit dah x ada gatal2. After guna beberapa hari parut tuu dah pudar sangat. Sentuh pun rasa licin. Alhamdulillah aku suka sangat. Pastu mak aku mintak aku belikan jugak untuk dia after aku punya dah tinggal seocet sebab dia guna hihi. So yang rasa nak try boleh la kalau tak nak satu set boleh cuba magic cream, serum and cleanser dulu macam aku. Aku tak guna masker. So aku rasa memang dah panjang sangat lah kan aku punya entri sian letih korang baca hihi so tu je lah uolss insyaAllah berjumpa lagi kita di lain entri. Adioss and assalamualaikum ^_^

*ihsan google* ni la rupa serum dia yang aku cakap best tuuu. letak sebiji je kat muka setiap malam besok dah lawaa :P


P/S: JANGAN LUPA FOLLOW IG AKU ARIANA_NUR  ^_^

Saturday 13 September 2014

REVIEW MAI'AMY, SUPER GLOWING FOUNDATION, SUPRA KRYOLAN


Assalamualaikum

maaf bebanyak baru sempat update belog. Ni pun sebab tetiba rase boring lak petang petang ni so yeah.

Rasa cam nak share produk kecantikan yang aku guna hikhik. Perahsan! Macam la orang nak tahu sangat ko bukannya cantik pun! Aii aii kita dengar tau kita dengar. Alaa kalau bukan disebabkan hari tu masa raya ada sepupu kita tu puji kita, tak ada nyaa kita nak share bagai. Walaupun cerita dah lapuk tapi biarla nak share jugakk suka hati la belog aku kann hihihi

Nih nak ceghitaa. Memang hari itu dalam sejarah laa orang kata. Eh bukan orang kata aku yang kata. Masa masuk umah dia aku dah nampak dia pandang pelikk jee kat aku but aku buat bodo je sambil pegi salam dia ngan mak dia. Nak kata sebab aku terlampau ayu berbaju kurung memang tak la bukan sebab aku tak ayu XD tapi sebab aku tak pakai baju kurung pun aku pakai jeans. Ambik kau mana nak cari orang pakai jeans hari raya.(raya kedua okay). Dah tu lepas aku salam tu terus dia datang.

"Ko kenapa makin cantik sekarang? "

Tetiba dia datang sebelah dengan muka teruja.Terkejut aku sebab cousin aku ni jenis tak mudah puji orang jugak la. Aku apa lagi lobang idung dah kembang pat segi. Aku ni antara jutaan manusia yang susah kena puji. Eheh

"Hisy mana ada ko jangan nak mengarut,"

Beria aku menafikan konon merendah diri laa kan pui sangat. Pastu  aku malu sebab abang sepupu aku ada kat belakang dia hensem so aku malu hikhik  (sila lempang beramai2)

Pastu aku ingat habis kat situ. Eh dia sambung balik time kitorang lepak kat bilik dia.

"Seriously kenapa aku rasa ko makin cantik ah sekarang ni? Ko pakai apa weh cakap la. "

Banyak kali kot dia tanya macam tu. Beria dia nak tahu walaupun kulit dia dah memang gebu gebas macam cotton candy. Maybe sebab kulit aku dulu teruk jugak. Tapi aku tak bagitahu pun aku guna apa sebab biarlah rahsia kikiki. So anda2 semua ni kira bertuah tauu boleh tahu rahsia aku hehehe.

okay berbalik pada tujuan utama aku tulis entri ni, sebenarnya aku nak share la sikit2 produk yang aku guna kan yang kebanyakannya memang aku cerita dalam ni. Tapi kebanyakannya supplemen kan and sampai sekarang pun aku memang bergantung pada supplemen. Told ya i dont like those day or night cream yang perlu tepek kat muka every day and night. Tapi aku ada la guna jugak cream kan contohnya stemcell treatment cream ni tapi tapi tapi saaaaaangat jarang aku guna sebab aku tak sukaaa benda melekit.







 

Memang cream ni tak melekit sangat tapi still aku rasa ade benda jugak la kat muka. Aku cadangkan untuk orang kulit kering tu haa memang sesuai guna la kot. Tapi memang elok cream ni. Lambat sikit nampak kesan but esok pagi kalau bangun memang kulit muka rasa soft and glowing sikit. Nampak lembap aje kulit. Tapi putih tu tak. Biasa aje. Tapi cream ni dah habis sebab aku selalu letak kat bibir aje sebab nak suruh cepat abes walaupun aku beli benda ni mahal jugak la rm 90. Kandungan dia sikit ajee tu pun lambat abes sebab aku guna secoet aje tiap kali pakai. Repurchase? 50-50. Kalau berminat nak beli korang try la google maiamy skincare ade web dia aku tak jual tau. Mai'amy ni dia punya serum femes ala yang hanis zalikha pakai tu.

Ni pulak multirefining cream.


haa ni la cream yang aku cakap untuk hilangkan whitehead and blackhead in 20 minutes tu. Amboi ramai betul pm aku tanya sal cream ni yea hihi maaf yea ambik masa lama nak update kat blog. Bagi aku cream ni mahal jugak rm 70 harganya. Tapi berkesann and aku rasa kalau ngan aku aku tahan setahun  ni. Aku beli sebab dia tak yah tepek sehari semalam kat muka pakai sekejap aje so kalo melekit lekit pun tak pee. Pakai ni 20-30 minit kat muka after dah cuci muka. Pakai kat tempat ada black and whitehead aje tau. Kemudian ambik tisu picit2 kat tempat tu bagi keluar segala maknika yang ada kat muka tu. InsyaAllah dia jadik senang keluar. Aku dah try memang ya Allah licin gilaa muka. Sebab before ni kulit kat pipi and hidung penuh ngan whitehead. kalau sentuh memang rasa sesangat. Kalau korang ade besi yang picit jerawat tu pun boleh guna lagi berkesan kot. Takyah picit kuat picit sikit je senang dia kuar. Jerawat pun leh guna. Aku suruh housemate aku guna untuk jerawat dia memang keesokkannya tinggal parut je Alhamdulillah. So kalau korang berminat leh usha kat web dia naa aku tak jual.

Kalau pencuci lak aku pakai je macam macam maksudnya tak tetap tau. Kulit aku tak sensitif sangat so macam okay aje la so far tukar2 pencuci muka ni. Kadang kadang pakai pencuci sampai rm 50 harga ,maiamy punya jugak tapi aku kurang suka sebab tak ade buih. Dah abes tu aku guna ice cream soap pati ibuputih jannalawa memang boleh tahan mahal benda ni rm 80. Tapi aku tak rekomen sangat sebab bagi aku biasa aje. Untuk kulit berminyak gilaaa mungkin sesuai tapi untuk kulit biasa2 aje tak payah la sebab dia keringkan kulit. Adik aku kulit sensitif dia tak boleh pakai. Ma aku pulak okay aje tak ade cakap kulit kering ke apa ke biasa dia la yang paling sensitif pasal pencuci muka. Entah la tengok kulit jugak kot. Pada yang dah biasa guna and memang okay,aku ada jual if nak boleh contact kat fb nur ariana . Sekarang ni aku guna sabun dobelas hengget yang beli kat kedai aje sabun sabun ni aku tak kisah sangat asal ada.

Haa kalau foundation lak aku suka guna supra kryolan and farra beauty super glowing punya foundation.




 Antara dua ni. if nak rasa light kat muka, gunalah super glowing tu memang macam tak rasa ape je. Adik aku yang selama ni tak pernah nak tepek apa2 foundation kat muka tiba tiba boleh terguna and terbawak dekat universiti. Dia pernah beli maybelline punya stick foundation pakai sekali aje sebab berminyak katanya. BB cream skinz79 yang kemain mahal aku beli tu pun dia cakap macam tu. Kalau supra ni orang kulit kering or biasa sesuai pakai sebab dia macam senang rata sikit berbanding super glowing ni sesuai untuk orang muka berminyak. Kalau dulu aku tak leh pakai sangat supra sebab minyak kat kulit boleh buat goreng sekarang ni supra ajelah pilihan aku. Tapi kena carik yang ori ah baru best. Sebab ada yang datang dari India tak silap(ye ke?) x sure jugak klau yang tu cepat berminyak sikit. Yang ni original memang okay. oh btw yang nak dapatkan super glowing foundation tu pun leh dapatkan dari aku rm 55 inc postage. Kalau berminat la tak berminat tak pee ^_^

Pastu nak share ape lagi ek? Nak share aku pakai lipctick ape, blusher ape, eyeshadow ape or mascara ape maap bebanyak aku memang tak guna semua tuu. Bedak pun pakai bedak tabur aje haha.Selekeh kann. Tapi aku kurang suka compact powder. Aku ade beli bertahun nak abes. So yeah aku rasa setakat tu aje dulu lah . Next entry insyaALLAH aku cerita pasal radiance signature, secret skin white kawai and Belleza.Yeaa aku curang lagi. Hahaa apa punya manusia la tak setia betul. Jumpa lagi next entry. Byee Assalamualaikum ^_^











Saturday 19 July 2014

RESIPI : BISKUT SARANG SEMUT

Assalamualaikum


Hye korang cam mana persiapan raya? I believe kebanyakkan antara kita mesti rasa tak seronok sangat nak raya kan sebab macam macam perkara menyedihkan berlaku sekarang.Dengan kat Gaza yang masih berperang, MH370 yang masih tak jumpa jumpa and now MH17 pulak ya Allah sedih sangat. I just can't imagine macam mana la perasaan keluarga mangsa yang tunggu nak raya sesama. Ada aku tengok kat news mak cik tu rileks je sabar je redha je ya Allah kalau aku memang tak mampu nak setabah tu. Sama sama la kita doakan keluarga mangsa sabar dengan semua ni insyaAllah.

So macam tajuk kat atas hari ni aku nak share resipi biskut sarang semut. Kalau kat umah aku wajib ada biskut ni sebab abang aku suka sangat and boleh kata semua orang suka la. And biskut ni antara yang paling cepat habis time hari raya siap sorang makcik tu mintak resipi lagi uolss hehe. So kalau ada yang plan nak pikat hati mak mertua ke kan, bakal mak mertua ke haa sesuai . So resipi macam kat bawah ea. And oh sebenarnya aku rasa aku ambik resipi ni kat internet but lupa sape punya.Dah bertahun aku simpan resipi ni. If pemilik resipi ni terbaca boleh la komen ea nti kita letak credit.

250 g buttercup ( aku buat 200g buttercup + 50 g planta sebab x cukup buttercup and aku rasa mcm ni lagi sedap daripada guna buttercup je)

100 g gula halus

sebiji telur kuning

100 g tepung jagung

350 g tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla


cara cara:

1) beat buttercup + gula hingga kembang.

2) tambah esen vanilla

3) masukkan dua2 jenis tepung.

4) gaul cam biasa. Lepas tu korang masukkan 1-2 jam dalam peti sejuk nak bagi keras sikit sebab nanti korang nak sagat lak.

5) lepastu masukkan lam papercup then taburlah semut2 nya kat atas . Siap ! Oh belum. Bakar weh lupa bakar kang kembung perut lak makan mentah2.hewhew and oh semut2 tu chocolate rice la hehe

So pada yang nak cuba good luck ea.InsyaAllah jadi punya sebab aku dah lama guna resipi ni. Terima kasih banyak2 kat tuan punya resipi sebab sudi share resipi yang best cam ni. So thats all untuk hari ni kejap lagi nak buat biskut lain lak. Adioss and assalamualaikum


Sunday 13 July 2014

REVIEW :K WHITE38 + DEWY

Assalamualaikum

wahhhh lama gilaaa tak update belog uols. Iols busy jugak lately but now no more. Ada kat umah so apa nak busy nye kan. Kalau busy pun busy buat biskut raya hikhik sebab abang aku tak boleh tak ada biskut raya homemade kat umah. Sebokk jee suruh buat. Mangsanya aku la.

Tapi hari ni kita tak nak cerita pasal biskut raya okay. Kita nak bercerita pasal ke'best'an dua produk yang aku rasa paling  best antara banyak2 supplement aku makan. Yee dulu aku suka k colly but now aku dah curang dan berpaling tadah daripada k colly muahahaa. Tapi aku rasa dia tak kesah sangat sebab  aku curang dengan adiknya iaitu k white38. Yee kalau ada yang tak tahu kwhite38 ni satu company je dengan k colly .




Okay kenapa aku berpaling tadah?

Sebab aku tiba-tiba rasa nak cuba k white. Aku dah lama tak minum coffee sebab aku nak elak caffein but bila tengok kwhite ni aku rasa cam berminat tiba-tiba.Dia coffee + coklat dengan campuran habbatus sauda. Memikirkan malam2 aku tak ada minuman panas nak minum,ye lah coffee x minum milo aku tak suka, aku pun cuba la kwhite.Kandungan caffein dia tak banyak pun so korang takyah risau.Aku ambik dewy sekali sebab terpedaya melihat kemulusan kulit Zila Bakarin ahakss. Plus sebab dia sebagai booster kan so insyaAllah cepatlah sikit kesannya kann.

okay first time rasa kwhite,ish x  sedap. Rasa cam pelik sikit. Tak tahu kenapa but tak ada la sampai tak boleh telan. After minum khwite aku ambik setengah scoop dewy. Then bila dah beberapa hari minum ,rasa macam eh sedap je. Jangan letak air banyak sangat. And paling best sebab dia tak manis sangat. Rasa kopi + coklat.

Lepas beberapa kali ambik maybe 7 sachet kot,aku notice macam kulit aku tak kering sangat and cerah. Seriously muka aku macam glowing sikit. Tak tahulah kot2 aku yang syok sendiri sebab roommate aku tak ada cakap aku makin cerah ke hape haha. Tapi kan orang kata, kulit kita, kita yang rasa perbezaannya. And aku pergi exam ritu dok lam aircond lama kulit muka still okay kalau tak, hmphhh keluar aircond tu mesti buruk gila sumpah. Aku rasa sebab aku ambik dengan dewy kot. Sebab biasanya lambat jugak nak berkesan dekat aku. Sebab aku jenis tak minum air kosong. Kadang2 je aku minum banyak.

Sekarang ni aku ambik kotak ke 2 dan dewy botol ke 2. Kwhite tahan 20 hari je uolss and dewy pun lebih kurang la. Harga boleh tahan la tak mahal sangat pun bagi aku but tak sampai sebulan la. So x jimat sangat haha. Kalau nak combo dewy + kwhite38 boleh dapatkan dari aku rm 120. Sempat lagi niii nak raya nak kasi cecantik kannn.

Aku pun sama la tengah usaha nak bagi kulit cantik. Dah macam macam aku ambik walaupun pernah rasa down sebab ada yang tak berkesan or kurang berkesan, semangat aku jadi up balik bila jelez tengok kulit orang lain cantik hehe.

Aku even guna babies blink tapi sekejap je sebab aku tak suka pakai krim haha sangat tak suka nak2 krim siang dia. Berminyak bagi aku. Krim malam okay la. Serum dia best. Tapi sekarang dah tak pakai sebab dah habis and aku malas nak guna lagi. Leceh la pakai krim. Tapi ada sorang cust aku memang pengguna tegar babies blink ya Allah kulit dia cantik gila. Sumpah jelez but aku memang x boleh la krim2 ni. Serabut. Lagi satu ramai gak yang suka ngan wis putih. Ramai sangat order and aku tiba-tiba rasa macam nak try tapi aku cepat2 sedar diri sebab aku tahu aku tak kan pakai. So yeah aku berharap pada supplement je kali ni. Haa btw aku ada nak share satu krim ni untuk hilangkan whitehead,blackhead and jerawat dalam 20 minit. Serious berkesannnnn uolss but aku tak jual. Nanti next entry kita citer ekk. byee assalamualaikum

oh btw ni list harga utk produk aku jual sikit2

double stem cell rm 80 inc pos, ambik 4 packet, r...m 290 inc pos semenanjung(jimat rm 30)
k colly rm 110 

satin skinz premium rm 155
height up rm 140
wis putih set pink rm 78
wis putih + serum rm 130
serum wis putih rm 55
wis putih set perawatan jerawat rm 100
perla dust rm 42
kaylena beaute rm 160
dewy rm 50
k white38 + dewy rm 120
k white38 rm 78
lady secretz bust up + shaker + paperbag rm 80
lip mask 100 pcs rm 46 

eye mask 100 pcs rm 46
qu puteh rm 200
royal slim lishuo rm 80 - ambik 4 kotak dapat rm 290 inc pos semenanjung (jimat rm 30)
sabun al razi rm 43
radiglow rm 125
sne capsule rm 185
sne beutskin rm 190
inayah beauty booster rm 140

secret skin white kawaii collagen rm 135
zofea beauty secret kotak hijau r+ free pills m 130
zofea beauty secret bust up kotak purple rm 95
semua harga dah masuk pos semenanjung okay uolsss. adiosss slmt berpuasa ^_^







Saturday 3 May 2014

REVIEW : K COLLY VS SATIN SKINZ

Assalamualaikum

hari ni tiba-tiba diri ini diserang kerajinan melampau untuk meng'update' blog pasal tajuk di atas sebab ramaiii sangat yang tanya aku mana lagi elok satin skinz ke k colly. So meh la aku nak cite sikit pasal dua produk ni sebab aku jual  and aku guna so apa salahnya share2. produk lain pun banyak aku jual tapi mintak maap lah tak dapek nak buat review sebab belum try. Ni ingat nak try babies blink and dewy nanti aku buat review yeaa :)

okay so apa kelebihan dua2 produk ni pada aku?

k colly
aku suka kesan dia yang pada aku lagi cepat berbanding satin skinz.Cepat sikit je tak melampau sangat pun cepatnya tu. Maybe sebab dia serbuk so cepat serap dalam badan kita. Tapi yang ada kesan sikit tu,aku tak minum air banyak pun. Sebab aku bukan jenis minum air 3-4 litre sehari. Kadang2 air masak aku tak minum lansung dalam sehari.Itu masa zaman jahiliah dulu la. Tapi k colly tu still berkesan jugak la pada aku. Agaknya kalau minum air 3-4 litre dah putih gebu agaknya aku sekarang ni agaknya dah macam adira kot.*tampar diri sendiri*. then habis satu jar aku ambik satin skinz. Saje nak try makan yang tablet punya dah bosan serbuk kan. Seriously aku suka rasa dia. Kesan pulak lebih kurang je dengan k colly. Tak adala melampau sangat kesan dia sebab aku kan kurang minum air. Tapi sekarang aku dah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Air wajib aku teguk hampir 6 botol kecik sehari.*tips-letak air lam botol mineral kecik,korang mesti rasa nak habiskan terus sekali minum. Cukupkan 6 botol sehari. Dah cukup 3 litre sehari korang minum. Plus minum air banyak ni sangat bagus sebenarnya. Sangat2 bagus. Badan rasa ringan je kalau banyak minum air. Rasa bersih, Rasa sihat. And oh rasa cantik sekali. *tampar diri sendiri kali kedua* And nak citer pengalaman kawan aku yang ambik k colly, kulit dia sangat gebu gebas. Dia ada parut jerawat banyak jugak and jerawat selalu naik. Aku tak tahu pun dia makan k colly, lepas semua orang perasan perubahan kat muka dia tu  la baru dia bagitahu.Licin muka dia. I was like,asal dia makan gebu aje aku tak pun. Nak gebu gak kan. Then dia cakap dia minum air 4 litre sehari. Patut laa. Aku dulu 4 gelas pun belum tentu. Satin skinz pulak customer aku bagitahu jerawat2 menggelupas lepas ambik tu. Maksudnya dia ada kesan la kan. So korang nilaikan sendiri lah nak yang mana. yang penting jangan stop mencuba. Aku pun nak hilangkan pores yang menakutkan kat muka ni. Dua batu pun boleh nampak pori2 kat aku ni. Tu yang nak try babies blink and dewy pulak hihi.

so okay lah uollss tu je untuk kali ni. Apa2 korang boleh pm aku kat fb nur ariana 
aku jual murah2 je tapi sedih ramai tak caya aku jual produk ori tapi takpe aku faham. kalau murah mesti la orang ragu2 tapi ketahuilah produk yang aku jual sememangnya ori dari HQ. produk lain yang aku jual

 k collt rm 110
babies blink rm 55
dewy rm 50
double stem cell rm 80
satin skinz rm 120
sne beutskin rm 190
sne capsule rm 180
k white38 rm 78
secret skin kawai rm 120
maixara c sential(kotak merah) rm 75
sabun al razi rm 43


boleh pergi fb kat atas tu k. and jangan risau, walaupun aku jual produk ni, review aku tak bias sebab aku ni jujur orangnya *uwwekk*

so assalamualaikum :)

Tuesday 8 April 2014

REVIEW : SATIN SKINZ

assalamualaikum

sebenarnya dah lama nak buat entri pasal satin skinz ni tapi kemalasan yang melanda membuatkan aku malas lansung nak bukak blog. Btw review aku pasal k colly memang mendapat sambutan kan. ceh maksud aku,k colly tu la yang ramai penggemar.Ramai gugel pasal k colly.Aku sendiri nak sambung consume k colly tau. sebab murah and jimat kot. and berkesan la jugak. nak beli murah boleh dapatkan dari aku kat fb nur ariana RM110 FREE POSTAGE SEMENANJUNG.



Okay so sekarang aku nak masuk pasal Satin Skinz yang tengah hot gak sekarang ni.Ade gak pm aku kat fb tanya pasal satin skinz.So pengalaman aku makan Satin Skinz, aku baru consume 1 box. Satin Skinz ni one thing aku suka pasal dia,rasa dia sedap sangat.Macam vitamin budak budak tu. Masam manis. Pastu aku suka makan masa nak tidur.Lepas dah gosok gigi semua. Bangun pagi esok nafas tak berbau. Tapi tak tahu la elok ke tak cara aku ni.

Kesan dia ke atas aku, emm okay la not bad. Kulit kurang berminyak, ade cerah sikit je.Sebab aku kan suka tukar-tukar supplemen.Tanya je apa yang aku tak pernah try hehe. Tapi tu la.Untuk yang budget tinggi boleh la.Sebab dia mahal gak. Normal price RM180 tapi aku dapat harga RM130. n RM130 tu klo makan 4 biji sehari dia tahan sebulan.Sehari wajib makan 2 biji tau sebab sebiji dari botol biru and sebiji dari botol pink.Terserah korang nak makan pagi atau malam. Dia cakap kalau nak cepat berkesan makan pagi and malam. So maknanya tahan la sebulan. so RM130 untuk sebulan tu mahal bagi aku yang student ni. that's why aku decide nak consume k colly balik sebab harga lebih kurang tapi tahan dekat dua bulan kot. Jimat hehe. Tapi aku pun tak tahu mana lagi bagus antara k colly and satin skinz ni. Dua - dua bagi kesan lebih kurang je pada aku.Kalau aku banyak duit memang aku akan beli satin Skinz instead of k colly  sebab k colly satu je aku tak suka pasal dia ialah manis sangat bagi aku tapi kawan ngan mak aku makan dorang cakap okay aje. Satin Skinz rasa dia sedap <3 <3. Oh btw kawan aku makan k colly tak sampai sebulan ya Allah terkejut aku tengok kulit dia mulus gila-gila. Dulu jerawat and parut jerawat banyak gak. Tapi aku tak pelik kalau berkesan sangat benda tu kat dia sebab dia memang minum air banyak gila.

Nampaknya entri satin skinz dah jadi entri k colly. hehe mintak maap. So aku rasa tu aje yang aku nak cerita pasal Satin Skinz. Korang kalau nak beli boleh je dari aku ,aku jual sempena April harga cuma RM120 FREE POSTAGE SEMENANJUNG.
BOLEH PEGI FB YANG KAT ATAS TU TAU. sebab hari tu kat entri k colly banyak yang tanya nak beli kat mana.So aku jual sekalilah hehe. and jangan la pelik kalau aku jual murah sebab aku dapat murah jugak dripada supplier,plus aku tak ambik untung banyak pun. barang dijamin 100% original :)

okay babai assalamualaikum :)

*update

aku jual jugak barang2 kat bawak ni sebab banyak permintaan.tp tak semua aku dah try.
semua harga dah masuk postage

babies blink rm 55
dewy rm 50
double stem cell rm 80
satin skinz rm 120(yang ni aku dah try boleh tgk review aku psl satin skinz)
sne beutskin rm 190
sne capsule rm 180
k white38 rm 78
secret skin kawai rm 120
maixara c sential(kotak merah) rm 75
sabun al razi rm 43

berminat korang pergi je kat fb aku pm kat situ. nak tanya apa2 pun boleh .produk 100% original dari HQ :)