Saturday, 7 March 2015

RESIPI : HOMEMADE PIZZA (senang dan sedapppp)

Assalamualaikum


aku kalau cuti balik rumah mesti nak kena buat gak pizza ni. Maklumla kat umah sewa tak dapat buat sebab tak ade oven. Bab2 makanan western aku memang number satu. Bukan nak eksyen tapi aku memang sukee western food kecuali spaghetti which is aku kureng sikit sebab muak. So back to the topic, resipi ni i tell u memang sedappp gilaa caya cakap aku. Yang menjadikan sesuatu pizza itu sedap adalah sos yang nak sapu kat atas roti tu. Bagi aku la. Sebab pernah beli pizza yang roti dia sangat lembut tapi sos dia manis sangat and tak rasa macam sos pizza pun. As for the topping, tu suka hati,limpa,usus dan paru2 anda semua lah nak letak apa (hehe). Roti pulak, aku sukkaaa guna roti sandwich putih tu. Jenama apa pun tak apa Gardenia ke High5 ke yang penting halalan toyyiban. Aku tak gemar sangat roti pizza. Pernah buat sendiri and beli yang dah siap. Hasil eksperimen yang dijalankan mendapati aku, family dan sedara mara aku lebih suka yang letak atas roti sandwich ni. Sebab tak muak and a lil bit crispy kat tepi dan lembut di tengah. and one more thing is senang sangat2. Tak perlu susahkan diri nak uli sampai lenguh2 tangan, then bila bakar lama lak tu kena tunggu masak kan. Yang selalu busy (dan kurang rajin cam aku) leh cuba. ^^ .Cuma sos aku tak suka guna straight dari dalam botol prego tu. Rasanya sangat tak menepati selera tekak aku yang boleh tahan cerewet ni. Aku sangat cerewet dengan masakan sendiri. Kalau orang lain yang buat aku bedal je.

Antara bahan2 dia


*sorry gambar buruk



So resipi untuk sos pizza

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar holland
cili api (suka hati nak pedas boleh letak banyak)
1 paket ayam/daging kisar (aku biasa beli ramli)
prego tradisional
sos tomato dan cili
setengah tin air(guna tin prego)
black pepper
oregano/italian herbs
5 biji tomato (potong dadu)
garam dan gula



fresh tomatoes

*tomato tu nak sedap buat mcm ni. after dah dadu kan, letak atas loyang, letak minyak sikit, then tabur oregano/italian herbs dan garam atas tomato tu. then bakar sekejap sampai jd mcm gmbr satu lg tu. jangan sampai kering sangat  pulak.















 cara-cara (sos):

tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga layu.

masukkan ayam/daging. masak sampai kaler dia tukar putih

Tabur garam sikit. Dah masak masukkan prego. Masukkan sos tomato dan sos cili. Then masukkan Setengah tin air. Masukkan tomato dadu yang dibakar tadi. Kacau biar pekat sikit bagi sesuai untuk di jadikan sos pizza. Cair sangat kan meleleh2 pulak. 

Tambah black pepper, oregano dan italian herbs. Tambah garam dan gula. Perasakan secukupnya. Tutup api dan sejukkan sekejap.

Sos yang dah siap. Nampak ketul ketul tomato yang x berapa nak hancur.


Sediakan roti sandwich secukupnya. Kalau ikut resipi sos ni, boleh buat satu bungkus roti sandwich besar dan sebungkus yang kecik. Tiap kali buat ni memang jiran2 sekeliling dapat merasa lah sebab banyak. Tak abih makan kalau family aku je,

Sediakan topping.

mozarella cheese
cheddar cheese(optional)
capsicum
nenas
Button Mushroom 
Sosej( aku x letak sebab x suka)

button mushroom,capsicum and fresh pineapple


Sapukan sos --> nenas/capsicum/mushroom/ --> cheddar/mozarella --> Bakar 5-7 minit. Temprature korang letak je lah 160 ke sebab dia punya tulisan kat oven tu tanggal so aku main pusing je hehe

Hasilnyaaaa


Tadaaaaa





ok mungkin nampak tak menyelerakan sangat tapi bak kata pepatah dont judge a pizza by its look. rasa dia sedap wooo. x caya try duluu..

okayyy so tu je lah nak share. selamat mencubaa babai and assalamualaikum ^^


No comments: