assalamualaikum
Aku baru je baca citer ni kt fb.Sumpah kejam gile suami dia.
------------------------------------
Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia
dah mula cari spare tyre, dapat plak studentIPTA..muda lagi. wife dia
kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama
dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife
dia yang baru berumur 21 tahun....
Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan
wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik
master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang
kejam !!
Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang
halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak
kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa
kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan
wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.
Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz
kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa
bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah
saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena
camtu....saya malas lah nak bertekak...
Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak
nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je
balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu
umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia
dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja
sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan
saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..
Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan
saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya
bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah
sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak
duakan isteri tersayang saya tu.
Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia
tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah
sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak
baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok
peristiwa tu...
Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan
maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari
atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak
papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."
Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar
papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4
lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat
wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama
tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2
dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya
tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing
dulu...
-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya
sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan
saya tu.
Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan
suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan
wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.
Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke
airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak
nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke
hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah
mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang
tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang
berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah
tahu yang dia akan pergi..
Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife
saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan,
arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...
Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri
dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat
menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah
hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.
Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan
rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa
tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.
Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam
bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya
pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah
pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar
jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.
Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan
jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan
pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di
balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit
pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian,
kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.
Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid
telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian
peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu,
saya dan abang arwah tidak tidur.
Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa
ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.
Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah
dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan
supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu
tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk
selesaikan urusan pengebumian sahaja.
Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya
sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur
kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih
sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya
senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya
form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana.
masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal
dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas
SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat
kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.
Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang
kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala
jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih
masa tu.
Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang
sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang
kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.
Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni,
setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka
rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan,
budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil
‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan..
..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya
berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia
sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang
masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...
P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang
bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak
kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah,
amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang
sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..