Saturday, 13 September 2014

REVIEW MAI'AMY, SUPER GLOWING FOUNDATION, SUPRA KRYOLAN


Assalamualaikum

maaf bebanyak baru sempat update belog. Ni pun sebab tetiba rase boring lak petang petang ni so yeah.

Rasa cam nak share produk kecantikan yang aku guna hikhik. Perahsan! Macam la orang nak tahu sangat ko bukannya cantik pun! Aii aii kita dengar tau kita dengar. Alaa kalau bukan disebabkan hari tu masa raya ada sepupu kita tu puji kita, tak ada nyaa kita nak share bagai. Walaupun cerita dah lapuk tapi biarla nak share jugakk suka hati la belog aku kann hihihi

Nih nak ceghitaa. Memang hari itu dalam sejarah laa orang kata. Eh bukan orang kata aku yang kata. Masa masuk umah dia aku dah nampak dia pandang pelikk jee kat aku but aku buat bodo je sambil pegi salam dia ngan mak dia. Nak kata sebab aku terlampau ayu berbaju kurung memang tak la bukan sebab aku tak ayu XD tapi sebab aku tak pakai baju kurung pun aku pakai jeans. Ambik kau mana nak cari orang pakai jeans hari raya.(raya kedua okay). Dah tu lepas aku salam tu terus dia datang.

"Ko kenapa makin cantik sekarang? "

Tetiba dia datang sebelah dengan muka teruja.Terkejut aku sebab cousin aku ni jenis tak mudah puji orang jugak la. Aku apa lagi lobang idung dah kembang pat segi. Aku ni antara jutaan manusia yang susah kena puji. Eheh

"Hisy mana ada ko jangan nak mengarut,"

Beria aku menafikan konon merendah diri laa kan pui sangat. Pastu  aku malu sebab abang sepupu aku ada kat belakang dia hensem so aku malu hikhik  (sila lempang beramai2)

Pastu aku ingat habis kat situ. Eh dia sambung balik time kitorang lepak kat bilik dia.

"Seriously kenapa aku rasa ko makin cantik ah sekarang ni? Ko pakai apa weh cakap la. "

Banyak kali kot dia tanya macam tu. Beria dia nak tahu walaupun kulit dia dah memang gebu gebas macam cotton candy. Maybe sebab kulit aku dulu teruk jugak. Tapi aku tak bagitahu pun aku guna apa sebab biarlah rahsia kikiki. So anda2 semua ni kira bertuah tauu boleh tahu rahsia aku hehehe.

okay berbalik pada tujuan utama aku tulis entri ni, sebenarnya aku nak share la sikit2 produk yang aku guna kan yang kebanyakannya memang aku cerita dalam ni. Tapi kebanyakannya supplemen kan and sampai sekarang pun aku memang bergantung pada supplemen. Told ya i dont like those day or night cream yang perlu tepek kat muka every day and night. Tapi aku ada la guna jugak cream kan contohnya stemcell treatment cream ni tapi tapi tapi saaaaaangat jarang aku guna sebab aku tak sukaaa benda melekit.







 

Memang cream ni tak melekit sangat tapi still aku rasa ade benda jugak la kat muka. Aku cadangkan untuk orang kulit kering tu haa memang sesuai guna la kot. Tapi memang elok cream ni. Lambat sikit nampak kesan but esok pagi kalau bangun memang kulit muka rasa soft and glowing sikit. Nampak lembap aje kulit. Tapi putih tu tak. Biasa aje. Tapi cream ni dah habis sebab aku selalu letak kat bibir aje sebab nak suruh cepat abes walaupun aku beli benda ni mahal jugak la rm 90. Kandungan dia sikit ajee tu pun lambat abes sebab aku guna secoet aje tiap kali pakai. Repurchase? 50-50. Kalau berminat nak beli korang try la google maiamy skincare ade web dia aku tak jual tau. Mai'amy ni dia punya serum femes ala yang hanis zalikha pakai tu.

Ni pulak multirefining cream.


haa ni la cream yang aku cakap untuk hilangkan whitehead and blackhead in 20 minutes tu. Amboi ramai betul pm aku tanya sal cream ni yea hihi maaf yea ambik masa lama nak update kat blog. Bagi aku cream ni mahal jugak rm 70 harganya. Tapi berkesann and aku rasa kalau ngan aku aku tahan setahun  ni. Aku beli sebab dia tak yah tepek sehari semalam kat muka pakai sekejap aje so kalo melekit lekit pun tak pee. Pakai ni 20-30 minit kat muka after dah cuci muka. Pakai kat tempat ada black and whitehead aje tau. Kemudian ambik tisu picit2 kat tempat tu bagi keluar segala maknika yang ada kat muka tu. InsyaAllah dia jadik senang keluar. Aku dah try memang ya Allah licin gilaa muka. Sebab before ni kulit kat pipi and hidung penuh ngan whitehead. kalau sentuh memang rasa sesangat. Kalau korang ade besi yang picit jerawat tu pun boleh guna lagi berkesan kot. Takyah picit kuat picit sikit je senang dia kuar. Jerawat pun leh guna. Aku suruh housemate aku guna untuk jerawat dia memang keesokkannya tinggal parut je Alhamdulillah. So kalau korang berminat leh usha kat web dia naa aku tak jual.

Kalau pencuci lak aku pakai je macam macam maksudnya tak tetap tau. Kulit aku tak sensitif sangat so macam okay aje la so far tukar2 pencuci muka ni. Kadang kadang pakai pencuci sampai rm 50 harga ,maiamy punya jugak tapi aku kurang suka sebab tak ade buih. Dah abes tu aku guna ice cream soap pati ibuputih jannalawa memang boleh tahan mahal benda ni rm 80. Tapi aku tak rekomen sangat sebab bagi aku biasa aje. Untuk kulit berminyak gilaaa mungkin sesuai tapi untuk kulit biasa2 aje tak payah la sebab dia keringkan kulit. Adik aku kulit sensitif dia tak boleh pakai. Ma aku pulak okay aje tak ade cakap kulit kering ke apa ke biasa dia la yang paling sensitif pasal pencuci muka. Entah la tengok kulit jugak kot. Pada yang dah biasa guna and memang okay,aku ada jual if nak boleh contact kat fb nur ariana . Sekarang ni aku guna sabun dobelas hengget yang beli kat kedai aje sabun sabun ni aku tak kisah sangat asal ada.

Haa kalau foundation lak aku suka guna supra kryolan and farra beauty super glowing punya foundation.




 Antara dua ni. if nak rasa light kat muka, gunalah super glowing tu memang macam tak rasa ape je. Adik aku yang selama ni tak pernah nak tepek apa2 foundation kat muka tiba tiba boleh terguna and terbawak dekat universiti. Dia pernah beli maybelline punya stick foundation pakai sekali aje sebab berminyak katanya. BB cream skinz79 yang kemain mahal aku beli tu pun dia cakap macam tu. Kalau supra ni orang kulit kering or biasa sesuai pakai sebab dia macam senang rata sikit berbanding super glowing ni sesuai untuk orang muka berminyak. Kalau dulu aku tak leh pakai sangat supra sebab minyak kat kulit boleh buat goreng sekarang ni supra ajelah pilihan aku. Tapi kena carik yang ori ah baru best. Sebab ada yang datang dari India tak silap(ye ke?) x sure jugak klau yang tu cepat berminyak sikit. Yang ni original memang okay. oh btw yang nak dapatkan super glowing foundation tu pun leh dapatkan dari aku rm 55 inc postage. Kalau berminat la tak berminat tak pee ^_^

Pastu nak share ape lagi ek? Nak share aku pakai lipctick ape, blusher ape, eyeshadow ape or mascara ape maap bebanyak aku memang tak guna semua tuu. Bedak pun pakai bedak tabur aje haha.Selekeh kann. Tapi aku kurang suka compact powder. Aku ade beli bertahun nak abes. So yeah aku rasa setakat tu aje dulu lah . Next entry insyaALLAH aku cerita pasal radiance signature, secret skin white kawai and Belleza.Yeaa aku curang lagi. Hahaa apa punya manusia la tak setia betul. Jumpa lagi next entry. Byee Assalamualaikum ^_^











4 comments:

Sal Sani said...

Salam... nak tanya inayah beauty booster tu you pernah cuba ke? kalau pernah please la review... tak mo la baca testimoni yg dia org dok iklankan tuh.

hello beauty said...

wslm Sal Sani,

sorry inayah belum cuba maaf yea :)

aryna sayoti said...

Dik yg adk pkai supra karyolan tu brape harga? Adk Ade jual ke?

aryna sayoti said...

Dik yg adk pkai supra karyolan tu brape harga? Adk Ade jual ke?